Kahwin Lagi Bukan Soal Zuriat -Adi Putra

Desas-desus sebab aktor kacak Adi Putra berkahwin buat kali kedua akhirnya terjawab apabila beliau telah mengadakan sidang media bagi menjelaskan perkara itu.

Adi Putra khabarnya tiada niat untuk merahsiakan perkahwinannya itu malah beliau turut menolak dakwaan zuriat sebagai punca beliau berkahwin dua.

“Kalau cakap tentang zuriat, bagi saya itu anugerah kerana zuriat ini tidak boleh hantar ke bengkel kereta. Kalau kita hantar ke bengkel kereta, dah lama saya buat. Jadi di sini bukan isu tentang zuriat.”

“Sebab bayangkan kalau saya duduk sebagai seorang wanita pun, it’s not because of zuriat. Jadi saya tidak ada masalah dengan Aida tentang zuriat. Atau pun menjadi sebab untuk pergaduhan, perselisihan faham. So, it’s not because of zuriat,” jelasnya dalam sidang media tersebut,” ujarnya.

Adi berkata segala yang terjadi bukanlah satu masalah dan beliau juga tak menolak kemungkinan untuk mengadakan acara resepsi jika diizinkan Tuhan.

“Kalau boleh kita nak ada keramaian, Biar saya buat satu persatu dahulu, apa yang harus saya laksanakan. Kena pilih satu dulu, selesaikan satu dulu. Kalau Allah izinkan untuk adakan resepsi, bagi saya, kenapa tidak”

“Bagi saya itu perancangan. Resepsi ini adalah adat dan budaya. Jadi, saya ketepikan adat dan budaya dulu. Saya laksanakan apa yang saya harus laksanakan dulu,” katanya.

Maka, segalanya sudah pun terjawab. Bagi MiG Online sendiri selagi seseorang lelaki itu mampu dan boleh berlaku adil untuk isterinya tak salah rasanya untuk Adi bernikah lagi. Mungkin sudah tertulis itu jodoh beliau. Apapun MiG Online doakan semoga kehidupan Adi Putra diberkati dan diharap dapat berlaku adil kepada kedua  isterinya.

Sumber : Rotikaya

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s