“Saya Tak Menyimpan Dendam Terhadap Ruhainies” -Adira

Kontroversi yang melanda suami kepada Adira iaitu Dato Red merangkul pinggang Ruhainies masih menjadi bualan ramai sehingga ke hari ini.

Kini, Adira sendiri tampil membuka mulut mengenai kontroversi yang melanda suaminya itu malah beliau akui yang emosinya agak terganggu dek kerana isu berkenaan.

Walaupun begitu, beliau tidak menyimpan dendam terhadap Ruhainies memandangkan pelakon itu sudah pun menjelaskan perkara sebenar.

“Hati isteri mana yang tidak emosi berhadapan insiden sebegini. Sejujurnya saya terguris dan meminta ruang untuk menenangkan fikiran. Saya tidak mahu membuat kenyataan dalam keadaan marah. Apa pun saya tidak menyimpan dendam terhadap Ruhainies kerana dia sudah menjelaskan perkara sebenar. Mengenai video itu, biarlah mereka menyelesaikannya sendiri.”

Pada masa sama, Adira mengaku beliau kini sudah hamil dua minggu dan hanya membuat ujian menerusi kit kehamilan di rumah.

Adira belum ingin membuat pengesahan kehamilannya di hospital memandangkan situasi sekarang yang agak tegang dan panas melibatkan suaminya.

“Memang benar saya kini hamil dua minggu. Tetapi saya belum dapat pengesahan doktor sebaliknya hanya mengagak usia kehamilan berdasarkan kiraan sendiri. Ujian pun saya buat sendiri selepas membeli kit kehamilan. Masih terlalu awal sebenarnya untuk saya kongsikan dengan umum tetapi suami sudah maklumkan dulu. Buat masa ini paling penting adalah kandungan, perkara lain saya tolak tepi,” ujarnya.

Adira kelihatannya cukup penyabar dengan sikap suaminya. Apapun, bagi MiG Online jika betul Adira mengandung mungkin lebih baik untuk beliau ke hospital secepat yang mungkin. Bayi dalam kandungan tu lagi penting dari kontroversi sekarang ini.

Sumber : BH Online

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s