Adik Ipar Dakwa Adi Putra Menipu

Kontroversi yang melanda Adi Putra masih lagi kecoh sehingga kini walaupun aktor berkenaan sudah membuat satu sidang media baru-baru ini.

Terbaru, kekecohan berlaku apabila adik kepada isteri pertamanya Aida Yusof tampil mendedahkan perangai sebenar abang iparnya itu di laman Facebook milik adiknya yang dikenali sebagai Shah itu.

Dalam post itu menyatakan Adi sebenarnya menipu dan berpura-pura malah memang niat Adi berkahwin lain kerana mahukan zuriat.

Adik ipar Adi memuatnaik dua status yang menyatakan rasa tidak puas hatinya terhadap tindakan Adi kepada kakaknya.

Malah, melihat kepada komen-komen yang ditinggalkan di status tersebut, Shah mendakwa Adi sudah berulang kali ‘buat hal’ di kalangan keluarga mereka.

Berikut merupakan status dan komen-komen yang terdapat di laman Facebook Shah:

“Kau nak kahwin lantak kau la.. tapi jangan sampai menipu 1 Malaysia.. apa ke musibatnya perangai. Dulu aku diam bukan sebab bodoh.. tapi nak tengok berapa pandai permainan kau!!! Asyik orang dengar statement kau memang tak jadi apa la. Budak sekolah menengah pun boleh bagi statement macam tu la kalau dah kantoi. Aku tak kisah bergaduh adik beradik asalkan dapat tegakkan kebenaran dan cerita sebenar..!!”

“1 Malaysia kau tipu dengan kenyataan kau di sidang akhbar dan di Metro. Dari dahulu lagi macam-macam hal kau buat memalukan family aku. Masa dah kantoi kahwin lain kau cakap semua itu jadi atas permintaan  ibu kau dan sebab zuriat . Lepas itu kau pusing. Ingat dah pergi haji berubah tetapi tetap sama kaki penipu. Berani buat sidang akhbar dan statement di  Metro. Bercakap macam “gentleman” tetapi bapak mertua kau sendiri tak berani jumpa. Bukan hendak masuk campur hal rumah tangga korang, tetapi hendak tegakkan maruah keluarga aku yang kau aibkan daripada dahulu. Apa “function”  kau   sebagai abang ipar dalam family pun aku tidak tahu tau, sejak dari mula kahwin sampai sekarang. “Hope” dengan kenyataan ini rakyat Malaysia tahu siapa sebenar nya ADI PUTRA..!!! Agak-agak kau tak puas  hati dengan “statement” sebenar-benarnya ini kau boleh “face to face” dengan aku. Assalamualaikum…”

Walaubagaimanapun, MiG Online sendiri tak pasti untuk komen bagaimana namun harap Adi dapat memberikan penjelasan yang lebih kukuh. Kalau benar beliau kahwin sebab nak kan zuriat, tak salah rasanya berterus-terang saja.

Sumber : Astro Gempak

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s