Elak Kontroversi, Ruhainies Pasang ‘Pengawal Peribadi’

Bagi mengelakkan dirinya daripada dilanda kontroversi, Ruhainies mengambil pendekatan dengan mempunyai pengawal peribadi sendiri. Pengawal peribadi yang dimaksudkan Ruhainies adalah ibu beliau sendiri.

Hal ini adalah tak mahu kontroversi yang mengaitkan beliau dengan suami kepada penyanyi Adira iaitu Dato Seri Adnan Abu berulang lagi.

“Saya bertuah kerana ibu yang mahu menemani saya dan menjadi teman paling rapat. Ibu juga banyak memberikan sokongan dan nasihat kepada saya. Seperti insiden yang berlaku baru-baru ini, ibu banyak nasihatkan saya supaya bertenang berdepan dengan dugaan. Ketika kejadian lalu itu pun saya tidak berseorangan, malah ditemani adik dan beberapa teman”

“Jadi, untuk beberapa tempoh waktu ini saya lebih selesa dan yakin apabila ibu berada di sisi ketika keluar. Mengenai apa yang berlaku, saya yakin semua pihak sudah maklum dan saya juga sudah berikan kenyataan,” katanya kepada Berita Harian Online mengenai kontroversi yang menghimpit beliau apabila sebuah video mesra diantara dirinya dan Dato Red terdedah.

Dalam pada itu, ibu Ruhainies (Bunga Che Salleh) turut bersedih di atas kontroversi yang melanda anak perempuannya itu namun beliau bersyukur kerana Ruhainies seorang wanita yang kuat dan tenang. Ibunya juga banyak menasihati Ruhainies supaya menjaga kelakuan dan mendoakan yang terbaik buat anaknya.

Sebelum ini, Ruhainies akui selepas kekecohan video itu Adira ada menghubunginya dan bertanyakan tentang kejadian sebenar sehingga beliau dikaitkan. Sebaik saja memberi penjelasan, Ruhainies berkata hubungannya dengan Adira masih baik dan tidak bermusuh.

Apapun, MiG Online harap dengan adanya ibu Ruhainies untuk menjaga beliau apabila kemana-mana nanti,Insyaallah lebih mudah untuk Ruhainies menguruskan kerjayanya.

Sumber : Rotikaya

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s