Ika Nabella Nikah 30 Julai Ini

Bintang Akademi Fantasia musim keenam iaitu Ika Nabella bakal diijabkabulkan dengan pilihan hatinya Muhammad Zaid pada Sabtu ini 30 Julai.

Pasangan yang sudah pun bertunang pada 14 Mei lalu ini bakal mengadakan majlis pernikahan dan resepsi sebelah perempuan di negeri kelahiran Ika iaitu Pulau Pinang.

“Saat ini, kami menunggu saja majlis dilangsungkan. Alhamdulillah, saya harap ia akan berjalan lancar dan semoga kami berdua akan berbahagia hingga ke syurga.

“Saya harap, semua dapat mendoakan yang baik-baik untuk saya dan bakal suami,” katanya sambil memberitahu, segala persiapan menghadapi hari bahagia sudah pun dilakukan.

Ika bercakap kepada BH Online, beliau memang merancang untuk melangsungkan hari bersejarahnya itu di Pulau Pinang bagi memenuhi permintaan keluarga.

“Insya-Allah majlis bertandang sebelah suami akan diadakan di Kuala Lumpur pada 20 Ogos depan,” katanya. Ditanya mengenai perancangan bulan madu, Ika belum dapat memberikan kata putus berhubung hal itu.

“Ikut perancangan, ada beberapa destinasi yang kami ingin kunjungi, antaranya Amerika Syarikat, Eropah, Korea Selatan atau Jepun. Kalau tiada aral, mungkin kami akan berbulan madu pada September depan.

Pada majlis pernikahan nanti, Ika memberitahu, pihaknya akan menghulurkan tujuh dulang hantaran kepada Muhammad dan dibalas dengan jumlah sama.

Pada masa sama, Ika berkata pihak lelaki menyediakan mas kahwin berjumlah RM1,008 dan jumlah wang hantaran dirahsiakan.

Apapun, tahniah MiG Online ucapkan kepada Ika dan pasangan. Semoga segala persiapan menjelang hari bahagia berjalan dengan lancar.

Sumber : BH Online

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s