Yana Samsudin Kongsi Kisah Sambut Cahaya Mata Sulung

Sekali lagi MiG Online ingin ucapkan kepada Yana Samsudin dan suaminya Fadzil Zahari di atas kelahiran putera sulung mereka pada 21 Julai baru-baru ini.

Alhamdulillah segalanya selamat namun khabarnya mereka masih lagi seperti tak percaya kerana sudah pun bergelar ibu bapa. Malah ramai juga yang tertanya-tanya apa nama putera sulung Yana ni? Menurut Yana, beliau dan suami ada menyenaraikan beberapa nama terbaik tapi masih belum memutuskan lagi nama yang sesuai untuk diberikan.

“Alhamdulillah, saya dan suami sangat bersyukur kerana proses kelahiran berjalan lancar. Kami masing-masing teruja dan seakan tidak percaya kerana telah bergelar ayah dan ibu sehingga menitik air mata kerana terlalu gembira dengan anugerah Allah ini. Walaupun, saya terpaksa menahan sakit selama 16 jam sebelum selamat melahirkan secara pembedahan.

“Apapun, kami sangat bersyukur dan lega kerana segalanya selamat dan bayi juga dalam keadaan sihat. Sebenarnya, keadaan pada masa itu sangat kelam-kabut malah tarikh sebenar saya sepatutnya melahirkan bayi pada 25 Julai lalu. Disebabkan ini pengalaman pertama kami menyambut anak, jadi suami agak kekok dan sedikit huru-hara menguruskan saya”

“Selepas semua selesai dan saya serta anak dibenarkan pulang ke rumah, barulah suami ada masa untuk berkongsi berita gembira bersama peminat. Bukannya kami mahu buat kejutan tetapi masa tidak mengizinkan pada waktu itu,” katanya kepada portal My Artis bercerita mengenai pengalaman kali pertamanya menyambut bayi sulung mereka pada minggu lalu.

Selain itu, Yana juga berhasrat untuk mengadakan kenduri kesyukuran di atas kelahiran cahaya matanya ini namun tarikh dan masa majlis tersebut masih belum ditetapkan. Takpe la, apapun MiG Online doakan semoga Yana dan baby jaga kesihatan dan sihat hendaknya.

Sumber : Rotikaya

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s