Diana Amir Hamil Anak Kedua

Tahniah MiG Online ucapkan kepada pelakon dan pengacara, Diana Amir yang baru umumkan berita kehamilannya yang kedua. Alhamdulillah, teruja MiG Online tak lama lagi bakal dapat anak buah baru, hihi…

Berita gembira ini dikongsi menerusi akaun Instagram beliau semalam dengan usia kehamilan beliau kini sudah pun mencecah empat bulan selepas anak perempuan sulungnya Khaulah Al Azwar yang kini sudah berusia setahun empat bulan.

“Alhamdulillah hanya ALLAH tahu betapa bersyukurnya saya melihat bayi dalam kandungan saya yang berusia empat bulan. Insya-ALLAH doakan semuanya berjalan lancar dan bayi saya akan dilahirkan dengan mudah, sihat dan baik-baik sahaja. Amin,” katanya kepada Sinar Harian Online berhubung dengan berita gembira kehamilan beliau buat kali yang kedua.

Pada masa sama, pelakon Salam Cinta ini turut memuat naik sebuah video yang menunjukkan imbasan ultra bunyi yang dilakukan semasa beliau membuat pemeriksaan doktor namun jantina bayi tersebut masih belum diumumkannya.

Di Instagram Diana juga turut dibanjiri dengan ucapan tahniah dari para peminat yang turut sama mendoakan kesejahteraan pelakon tersebut.

Apapun, tahniah sekali lagi MiG Online ucapkan kepada Diana dan suami semoga kelahiran baby baru ni akan menambahkan lagi keceriaan dalam keluarga Diana. Kepada Diana MiG Online nasihatkan jaga kesihatan okay.

Sumber : Rotikaya

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s