Isteri Pertama Tidak Akan Buka Aib Adi Putra

Sejak spekulasi perkahwinan kedua Adi Putra dan kenyataan yang dikeluarkan oleh adik ipar Adi Putra di laman Facebook tersebar, isteri pertama Adi Putra iaitu Aida Yusof tetap dengan prinsipnya untuk tak mahu mengaibkan suaminya itu walau apapun keadaan menimpa.

Beliau katanya tak akan sesekali mengaibkan suaminya memandangkan segala persoalan sudah pun terjawab.

“Sebagai suami, Adi sudah pun menjelaskan segalanya dalam sidang media yang dilakukannya baru-baru ini. Dia mengaku sudah berkahwin lagi. Jadi, saya anggap itu adalah benar dan segala desas-desus sudah terjawab. Selain itu, saya juga mempunyai prinsip yang sendiri iaitu tidak akan sesekali mengaibkan suami saya walau dalam apa juga keadaan sekalipun”

“Saya menghormati tugas para wartawan untuk mendapatkan berita. Tetapi, saya seboleh mungkin mahu mengelakkan untuk menjadikan sesiapa mangsa keadaan, buat waktu ini. Bagaimanapun kalau ada sesiapa mahu meramalkan apa-apa tentang kami, apa yang boleh saya katakan, tunggu sahajalah,” katanya kepada akhbar Utusan malaysia mengenai perkara berkenaan.

Semalam kecoh berita berkenaan adik ipar Adi Putra iaitu adik kepada Aida Yusof yang hanya dikenali sebagai Shah telah tampil mendedahkan perangai sebenar Adi yang dikatakan kaki penipu dan sering menimbulkan masalah dalam keluarga Aida hingga beliau tak tahan lagi melihat kesedihan yang dialami kakaknya itu.

Bagi MiG Online cara Aida itu bagus juga kerana tak mahu mengaibkan suaminya tapi pada masa sama semoga Aida dan Adi dapat berbincang secara baik dalam menyelesaikan masalah ini.

Sumber : Rotikaya

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s