Vokalis Azlan & The Typewriter Bakal Timang Cahaya Mata Ketiga

Tahniah MiG Online ucapkan kepada penyanyi Azlan & The Typewriter dengar kata bakal menimang cahaya mata ketiga tak lama saja lagi. Alhamdulillah murah rezeki Azlan, kan? Hihi…

Terdahulu, Azlan dan pasangan telah dikurniakan sepasang anak perempuan dan lelaki Laura Lutfea, 5 tahun dan Larry Lutfi, 2 tahun.

“Isteri dijangka akan melahirkan anak ketiga dalam masa tiga atau empat bulan lagi. Pun begitu, saya merasakan satu perasaan yang lain pula pada kali ini. Ini kerana, saya merasakan tanggungjawab dan komitmen terhadap keluarga saya akan jadi lebih besar.”

“Setiap ibu dan bapa pastinya mahukan yang terbaik buat anak-anak mereka. Walau bagaimanapun, saya tidak menghalang andai anak saya apabila dewasa nanti memilih karier yang sama macam saya.”
“Akan tetapi saya mahu anak-anak saya memberikan ‘certificate’ terlebih dulu sebagai passport untuk dia berkecimpung dalam dunia hiburan. Cukuplah saya sahaja yang rock,” ujarnya ketika sesi photoshoot bersama Media Hiburan, semalam.

Sebelum ini, Azlan dan isteri, Normala Hassan selamat disatukan pada 2 Januari 2011 di Surau Al-Munir, Batu 14, Hulu Langat.

Sumber : Media Hiburan

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s