Neelofa Skandal Dengan Suami Orang?

Pelakon dan pengacara terkenal, Neelofa sering dikaitkan dengan ramai jejaka sebelum ini. Baru-baru ini beliau dikatakan sedang menjalin hubungan dengan suami orang, betul ke ni?

Malah ada info mengatakan Neelofa bakal menjadi isteri kedua lelaki tersebut yang juga status VIP, namun dalam kenyataan Neelofa tetap menafikan spekulasi itu.

“Saya tidak memerlukan lelaki itu, jauh sekali duit ringgitnya. Saya tidak perlu apa-apa daripadanya. Demi Allah, saya baru tahu cerita ini minggu lalu apabila seorang teman memaklumkannya. Sudah beberapa tahun, saya dikatakan mempunyai hubungan dengan lelaki itu. Ia bagaikan tiada berpenghujung, malah saya sudah jemu mendengarnya”

“Lagi dan lagi cerita karut seperti ini dibangkitkan. Sebelum ada pihak yang datang untuk mengasari, ingin saya maklumkan di sebalik kelembutan, saya juga mempunyai perwatakan seperti lelaki. Jangan ingat saya tiada upaya mempertahankan diri. Saya sudah cukup dewasa untuk melawan,” katanya kepada Berita Harian Online mengenai perkara itu.

Pada masa sama, beliau turut sangkal dakwaan sesetengah pihak yang mendakwa dirinya bersama jejaka itu kerana status jejaka berkenaan seorang yang kaya dan ternama.

Selain itu, Neelofa akui yang beliau bukanlah seorang yang mudah jatuh cinta biarpun ramai jejaka ingin melamarnya. Malah ada juga yang terus datang berjumpa ibu Neelofa untuk melamarnya tapi hatinya belum bersedia untuk menerima jodoh.

Apapun, kepada Neelofa MiG Online doakan semoga Neelofa bertemu jodoh yang sesuai dan yang benar-benar mencintai beliau. Insyaallah.

Sumber : Rotikaya

 

One thought on “Neelofa Skandal Dengan Suami Orang?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s