“Setiap Hari Zila Minta Cerai”-Along Cham

Baru-baru ini kecoh berita mengenai Along Raja Lawak juga dikenali sebagai Along Cham telah menghalau isterinya, Zila Akademi Fantasia keluar dari rumah namun kini Along sendiri tampil menjelaskan situasi sebenar yang berlaku kepada BH Online.

“Malu keluarga saya apabila dia mendakwa kami tidak mengizinkannya menjenguk anak. Dia kena fikir ibu bapa saya menjaga anak yang dikandung dan dilahirkan. Sepatutnya dia berterima kasih pada keluarga saya,” ujarnya.

“Apabila mendakwa kami tidak membenarkan dia menjenguk anak, seolah-olah ibu bapa saya kejam dan cuba memisahkan ibu dan anak. Saya tidak kisah jika dia memburukkan saya, tetapi tolonglah jaga hati keluarga saya. Hairannya, kenapa selepas berbulan-bulan baru ada perasaan rindu yang teramat sangat pada anak?”

“Mana perginya naluri seorang ibu ketika rancak mencetuskan perbalahan dan minta saya menceraikannya setiap hari dalam perbualan telefon?” tegasnya selain menyatakan bahawa dia tidak pernah melarang isterinya bertemu anak lelaki mereka.

Along juga menjelaskan yang beliau telah menfailkan saman nusyuz baru-baru ini disebabkan tindakan isterinya itu yang keluar rumah tanpa minta izin suami.

Apapun, MiG Online doakan semoga segala permasalahan yang melanda Along dan Zila dapat diselesaikan secara baik.

Sumber : Rotikaya

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s