Ana Dahlia Umum Tarikh Nikah

Pelakon, Ana Dahlia telah selamat mengikat tali pertunangan dengan seorang pengarah, Ashraf yang juga merupakan anak kepada pengarah Datuk Jurey Latiff Rosli pada 30 Julai lalu di rumah keluarganya di Taiping, Perak.

Ana berkata pada mulanya pihak lelaki hanya mahu merisik namun 3 hari sebelum majlis, mereka bercadang untuk adakan majlis bertunang terus.

“Walaupun agak kelam kabut namun Alhamdulilah semuanya berjalan dengan lancar.  Terima kasih kepada semua yang banyak membantu melancarkan majlis ini,” ujar Ana.

Ana juga bercadang untuk mengadakan majlis perkahwinan pada 31 Ogos ini.

“Jika diikutkan tarikh yang ada hanyalah bulan Ogos ini saja sebab selepas itu, Datuk Jurey dah sibuk dengan projek pengarahan drama terbaru dia.  Ashraf pun akan sibuk juga.  Jadi, tarikh yang ada hanyalah bulan Ogos ini. Jika tidak kemungkinan tahun depan.

“Jadi buat masa ini, kami sedang cuba tarikh 31 Ogos. Buat yang wajib dahulu.  Doakan agar semuanya dipermudahkan,” ujar Ana.

Ana juga dikatakan pernah berkahwin dua kali sebelum ini dan Ashraf pula merupakan duda anak satu.

“Kami pernah sama-sama gagal dalam rumah tangga dan kami harap pengalaman lalu dapat jadi panduan untuk kami,” katanya.

Kepada Ana, MiG Online doakan semoga segala persiapan dipermudahkan dan berjalan dengan lancar.

Sumber : Media Hiburan

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s