Ayda Jebat Jatuh Sakit?

Akibat perubahan suhu yang mendadak di New Zealand, pelakon dan penyanyi Ayda Jebat dikatakan telah jatuh sakit. Malah dilaporkan masalah kesihatan Ayda masih lemah dan proses penggambaran filem Pinjamkan Hatiku arahan Osman Ali terpaksa dihentikan buat sementara waktu.

“Badan saya masih lemah serta kurang bermaya. Saya mengalami sakit tekak, batuk dan selsema sehingga menyebabkan hidung saya berdarah. Saya berada dalam keadaan tidak sihat semenjak sampai di New Zealand. Mungkin perkara ini terjadi dek kerana perubahan cuaca yang tidak sama dengan Malaysia. Cuaca di sini sangat sejuk berbanding di Malaysia.

“Keadaan saya masih lagi lemah. Saya berharap agar keadaan saya segera sembuh dan dapat meneruskan penggambaran filem ini, Insya-Allah.Biarpun mereka terkesan dengan perubahan cuaca mendadak, saya harus memuji kesungguhan pihak produksi yang berjaya mendapatkan lokasi yang menarik untuk penggambaran filem ini,” katanya kepada portal Astro Gempak.

Selain itu, Ayda yang turut tercalon dalam lima kategori bagi Anugerah Planet Muzik 2016 (APM 2016) bersyukur di atas rezeki itu malah akui sedikit gusar kerana terpaksa bersaing dengan beberapa artis dari negara lain. Bagi Ayda juga kalah atau menang bukan satu kepentingan buat dirinya.

Apapun, MiG Online ucapkan tahniah kepada Ayda di atas lima pencalonan itu dan pada masa sama kami doakan Ayda cepat sembuh dan diberikan kesihatan yang baik. Aminn…

Sumber : Astro Gempak

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s