Betul Ke Ini Bakal Suami Fara Fauzana?

Baru-baru ini, Fara Fauzana telah pun mengumumkan berita perkahwinannya bersama seorang jejaka yang dikenali sebagai Hafiz pada 17 September ini.

Namun masih ramai yang tertanya-tanya siapakah gerangan individu tersebut? Melalui BH Online, ada satu kiriman gambar diterima mengatakan jejaka itu adalah bakal suami Fara.

Menerusi kiriman gambar, lelaki terbabit memang menepati ciri-ciri yang diberikan Fara ketika sidang media baru-baru ini, dimana bertubuh sasa, berkulit melayu dan sedap mata memandang.

BH Online telah menghubungi Fara bagi mendapatkan kepastian berhubung kiriman gambar yang diterima namun beliau tak menafikan malah juga tak mengiyakan.

Bagaimanapun, Fara hanya ketawa dan menjemput orang ramai menghadiri majlis perkahwinan beliau yang bakal diadakan pada 17 September ini.

Selain itu, menurut sumber lain pula Fara dikatakan pernah beberapa kali ditemui keluar bersama jejaka tersebut yang turut menjalankan perniagaan dalam bidang perhotelan milik keluarganya di London.

Selain bergelar ahli perniagaan, lelaki tersebut yang berusia lingkungan awal 30 an dikatakan juga mula berjinak-jinak memasuki bidang politik tempatan.

Dalam masa yang sama, Fara turut berkongsi detik perkenalan beliau dengan kekasih hati yang berlangsung sejak dua tahun lalu dan mulai rapat sejak kebelakangan ini.

Sumber : BH Online

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s