Kematian Cahaya Mata, Keluarga Mohon Bagi Ruang Kepada Nadiya Nisaa

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita yang agak sedih iaitu apabila bayi di dalam kandungan Nadiya Nisaa telah meninggal dunia.

Mewakili Nadiya, keluarganya tampil untuk berkongsi perkembangan terbaru beliau yang kini berada dalam keadaan sihat dan sedang berehat tapi beliau masih lagi bersedih di atas kehilangan cahaya matanya itu.

“Bagi pihak Nadiya Nisaa sekeluarga, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua untuk segala doa dan ucapan takziah yang diberikan. Memang tidak dapat dinafikan bahawa berita ini amat menyedihkan, tetapi ia di luar kawalan sesiapa pun dan merupakan ketentuan Allah SWT. Mujur, Nadiya berada dalam keadaan yang sihat dan kini sedang berehat.”

“Oleh itu, kami mohon agar semua pihak memahami situasi Nadiya dan menghormati privasi beliau sekeluarga buat masa sekarang kerana sebarang berita yang diterbitkan berkenaan apa yang telah berlaku pasti akan mengguris hati beliau. Beliau meminta jasa baik semua untuk sedekahkan Al-Fatihah buat arwah, terima kasih,” katanya kepada portal Media Hiburan.

Apapun, MiG Online harap semoga Nadiya dan keluarga terus tabah menghadapi dugaan ini.

Sumber : Media Hiburan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s