Kemalangan Lepas Buat Awi Rafael Insaf

Penyanyi Awi Rafael sebelum ini pernah mengalami kemalangan ngeri yang hampir meragut nyawanya dan kejadian itu sedikit sebanyak menerbitkan perasaan untuk Awi lebih mendekati Allah.

Akui Awi, kejadian itu sedikit sebanyak mengubah dirinya dan menerbitkan perasaan insaf dalam diri sekaligus membuat beliau tekad ingin mengejar akhirat daripada duniawi.

“Nyawa saya pada ketika itu ibarat di hujung tanduk. Jarak kesan hentaman di belakang kepala saya hanya beberapa sentimeter saja dari kawasan yang boleh mengakibatkan maut. Alhamdulillah, saya bersyukur kerana Allah panjangkan usia untuk terus bernafas sehingga ke hari ini. Lantaran itu, saya tidak mahu berlengah lagi untuk terus mengejar duniawi.

“Tiba masanya untuk saya berbuat atau menyumbang sesuatu terhadap komuniti. Jadi, Euphoria adalah medium terbaik untuk dimanfaatkan sepenuhnya. Apabila pulih sepenuhnya, tiada yang lain mampu difikirkan selain mencurah ilham yang hadir ketika itu, semuanya bersifat kerohanian,” katanya kepada Utusan Online berhubung dengan perkara berkenaan.

Awi Rafael sebelum ini pernah mnegalami kemalangan jalan raya apabila kenderaan dipandunya dilanggar oleh sebuah kereta kira-kira jam 1 pagi di Kota Damansara. Pada masa sama, kejadian itu membuatkan Awi diseret oleh kereta itu namun kuasa Allah Awi bernasib baik kerana kesan hentaman tersasar sedikit lalu menyelamatkan nyawanya.

Selain itu, Awi katanya sangat bersyukur kerana Allah masih memberi peluang kedua buatnya untuk terus bernafas di muka bumi ini.

Bukan mudah dapat peluang kedua sebegini. Apapun, MiG Online doakan yang terbaik buat Awi semoga Awi terus diberi kekuatan untuk ke arah yang lebih baik. Insyaallah.

Sumber : Rotikaya

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s