Festival Filem Malaysia PANAS!

ola20bola2_zpsff8xo15m

Festival Filem Malaysia edisi ke 28 (FFM28) yang akan berlangsung di Plenary Hall, Kuala Lumpur Konvensyen Centre (KLCC) pada 3 September nampaknya mendapat liputan meluas selepas pengumuman calon ‘top 5’ minggu lepas. Beberapa buah filem yang mendapat kutipan pecah panggung mendominasi senarai pencalonan terbanyak apabila filem Ola Bola mendominasi 14 kategori, Polis Evo (10 kategori), Jagat, The Kid From The Big Apple dan Munafik masing-masing 9 kategori dan Mat Moto: Kami Mat Moto Bukan Mat Rempit (8 kategori) daripada 27 kategori yang dipertandingkan.

Isu timbul apabila filem Ola Bola, Jagat, The Kid From The Big Apple serta beberapa filem lain seperti Huat The Fish yang tidak mencukupi syarat sekurangnya menggunakan 70% Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu) diasingkan untuk 3 kategori utama iaitu Filem Terbaik, Pengarah Terbaik dan Lakon Layar Terbaik. Filem-filem ini dipertandingkan untuk kategori Filem Terbaik, Lakon Layar Terbaik dan Pengarah Terbaik Bukan Dalam Bahasa Melayu.

Kategori Filem Terbaik membariskan filem Munafik, Polis Evo, Mat Moto – Kami Mat Moto Bukan Mat Rempit, Jejak Warriors dan Nota.

Dalam isu ini, penganjur FFM28 iaitu Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) dan Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) menegaskan syarat ini diletak selari dengan Perkara 152 Perlembagaaan Malaysia.

“Perkara 152 Perlembagaan Malaysia memperuntukkan bahasa kebangsaan di Malaysia ialah Bahasa Melayu. Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan bagaimanapun tidak menafikan kedudukan dan hak bahasa lain untuk digunakan, dipelajari dan dikembangkan sekalipun dengan menggunakan dana awam. kewujudan Perkara 152 tidak boleh dipadam kerana Perkara 156(5) menetapkan bahawa perkenan Majlis Raja-Raja diperlujan sekiranya ia hendak dipinda”

Perkara ini juga tertakluk dalam Dasar Industri Kreatif Negara (bil. 38); Memantapkan penguatkuasaan dan perlaksanaan Akta Bahasa Kebangsaan 1963 pindaan 1968 serta mempertingkatkan peranan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dalam penghasilan karya-karya berbahasa Malaysia.

Namun, pengasingan ini jelas menimbulkan rasa tidak puas hati bukan sahaja di kalangan sebilangan penggiat filem malah juga di kalangan netizen.

screen20shot202016-08-0820at206-41-5220pm_zpsrhumoe7f

Afdlin Shauki, Fatimah Abu Bakar, Khir Rahman, Sofea Jane & Vanidah Imran secara terang di dalam akaun media sosial mengumumkan mereka memboikot FFM28 diikuti oleh beberapa penggiat industri seni lain. Mereka berpendapat pengasingan ini tidak perlu dilakukan kerana Malaysia sebuah negara dengan masyarakat pelbagai kaum.

20160808_184956_zpsigguor3w

Lebih besar lagi, isu ini sudah sampai ke peringkat pemimpin dan tokoh-tokoh kepimpinan negara. Ada yang menyokong syarat yang dibuat oleh penganjur dan tidak kurang juga yang mahukan pihak penganjur mengkaji semua syarat ini dan kewajaran ia dipinda semula.

Satu majlis dialog khas akan diadakan oleh pihak FINAS iaitu #tanyaFINAS bagi mendengar sendiri luahan penggiat filem pada hari ini 8 Ogos 2016 dan membincangkan langkah terbaik bagi kebaikan semua pihak.

MIG Online berharap perkara ini dapat diselesaikan dengan cara paling berkesan bagi mengekalkan keharmonian, perpaduan & kesejahteraan masyarakat pelbagai kaum di Malaysia seterusnya mengangkat martabat industri perfileman Malaysia ke satu tahap yang lebih tinggi.

MIGONLINE: Semoga filem Volkswagen Kuning boleh dominasi pencalonan FFM29

One thought on “Festival Filem Malaysia PANAS!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s