ISU FFM28: #TANYAFINAS JADI MEDAN PERDEBATAN

8 Ogos 2016: Sessi #tanyaFINAS 2.0 yang berlangsung di Cinematheque @ Finas, Content Malaysia Pitching Centre, Platinum Sentral Kuala Lumpur dari jam 8.00 mlm  dan berakhir jam 10.00 mlm tadi menyaksikan perdebatan yang agak menarik mengenai isu pencalonan akhir kategori utama Festival Filem Malaysia ke 28 (FFM 28).

img-20160809-wa0005_zpsbeophn1p

Dari kiri, Dato’ Kamil Othman (Ketua Pengarah FINAS), Encik Pansha (Setiausaha Agung PFM) & Datuk Yusof Haslam (Presiden PFM)

Sessi tersebut membariskan tiga orang panel iaitu Yang Berbahagia Dato’ Kamil Othman Ketua Pengarah FINAS, Yang Berbahagia Datuk Yusuf Haslam selaku Presiden Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) dan En Pansha yang merupakan Setiausaha Agung PFM. Auditorium tersebut dipenuhi oleh hampir 200 orang terdiri dari penggiat-penggiat industri perfileman Malaysia yang masing-masing mempunyai pandangan dan pendapat masing-masing mengenai isu syarat 70% penggunaan bahasa kebangsaan untuk layak dipertandingkan dalam kategori Filem Terbaik, Lakon Layar Terbaik dan Pengarah Terbaik di FFM 28 yang akan berlangsung pada 3 September akan datang.

Perbincangan lebih menjurus kepada beberapa perkara utama seperti definisi filem kebangsaan, kewajaran PFM menganjurkan FFM dan kewajaran minimum 70% bahasa kebangsaan sebagai syarat utk filem dipertandingkan dalam tiga kategori utama tersebut.

img-20160809-wa0006_zpsaafoinhg

Haji Burhanudin, CEO Les’Copaque

Terdapat dua kumpulan iaitu penyokong dan pembangkang yang masing-masing mempunyai hujah tersendiri mengenai isu ini.

instapostervolkswagenkuning2010020bahasa20malaysia_zpsueye9fltKumpulan yang menyokong menyatakan isu bahasa ini menjadi identiti sesebuah filem kebangsaan dan ia harus dikekalkan bagi memelihara kedaulatan bahasa kebangsaan yang telah diwartakan dalam Perkara 152 Perlembangaan Malaysia dan Dasar Industri Kreatif Negara. Manakala kumpulan yang menolak syarat ini berpendapat penganjur harus lebih terbuka dan filem yang dihasilkan oleh karyawan di Malaysia layak dipertandingkan di dalam kategori utama ini kerana ia adalah filem Malaysia.

Suasana menjadi lebih panas apabila ada beberapa orang meninggalkan majlis ketika sessi dialog masih berjalan. Di dalam majlis ini juga, Ybhg Datuk Yusuf Haslam mengumumkan pada tahun hadapan PFM tidak lagi akan terlibat dengan FFM dan menyerahkan semua kepada FINAS untuk menjayakannnya. Beliau tidak mahu terlibat kerana dituduh menggunakan kuasanya sebagai Presiden PFM sehingga dua filem anaknya iaitu Munafik (arahan Syamsul Yusuf) dan Mat Moto: Kami Mat Moto Bukan Mat Rempit (arahan Syafiq Yusuf) mendapat pencalonan akhir.

Pihak FINAS dan PFM selaku penganjur telah mengambil semua pendapat dan cadangan dan ia akan dibincangkan dan dibentangkan kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, YB Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak supaya keputusan yang terbaik boleh dilakukan bagi kebaikan semua pihak.

MIG Online berharap akan ada satu jalan penyelesaian dapat dilaksanakan dan semua penggiat filem Malaysia bersikap terbuka menerima apa sahaja keputusan yang bakal dibuat.

MIG Online: Volkswagen Kuning filem 100% berbahasa kebangsaan akan di pawagam 22 September ini. ☺☺

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s