PROTON PERSONA 2016 BERI IMPAK ORANG MUDA

majlis20pelancaran20generasi20kedua20proton20persona2020162016_zpsw6sp835x

Sempena pelancaran generasi kedua proton persona, MIG Online telah menerima jemputan untuk hadir ke majlis yang berlangsung di Pusat Konvensyen Setia City,Shah Alam hari ini.Acara tersebut telah sempurna dirasmikan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri,Dato’ Seri Mustapa Mohamed, dengan diiringi Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Datuk Ahmad Fuaad Mohd Kenali
 
Proton Holdings Sdn Bhd cuba memberi kuasa impak yang berlainan dengan menonjolkan rekaan yang begitu menarik dari setiap sudut pandangan seperti wajah yang garang dan dilengkapi lampu depan berpencahayaan pintar. Ditambah pula dengan aksesori di bahagian belakang yang didominasi lampu belakang yang anggun dan difuser bawah yang begitu agresif.
majlis20pelancaran20generasi20kedua20proton20persona2020162019_zpsqg7ge2qu
 
Rekaan yang serba baharu tersebut dikatakan sinonim dengan jiwa orang muda.Malah dengan adanya kuasa enjin VVT 1.6L ini menjadi faktor utama, Proton Persona 2016 generasi kedua perlu menjadi pilihan dikalangan mereka.
 
Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Datuk Ahmad Fuaad Mohd Kenali turut menjelaskan rekaan proton persona kali ini mementingkan segmen muda dan pintar.Bagi mereka yang menginginkan kereta bergaya, model ini mendatangkan ciri-ciri menarik dan memberikan impak pemanduan yang menyeronokkan.
 
Beliau juga menegaskan agar tidak hanya mendengar kata-katanya, tetapi perlu cuba sendiri dan rasai kenikmatannya. Selain turut mendapat maklum balas yang positif ketika membuat pratonton media baharu-baharu ini.
 
Ketika pelancaran berlangsung,turut ditayangkan video teaser yang berdurasi selama empat minit .Kehadiran Fazura dan Zul Ariffin sebagai model Persona 2016, di dalam video tersebut telah memberi impak besar dalam mempromosikan model terbaru itu.
majlis20pelancaran20generasi20kedua20proton20persona2020162020_zps42yahf6k
 
Sebelum pelancaran, video tersebut telah dimuat naik laman Facebook Proton Cars sebagai promosi awal untuk tatapan penonton. Pengarah kreatif, Ghaz Abu Bakar menjadi pilihan untuk mengarahkan video tersebut dan juga merupakan terbitan KRU Studios.
 
MIG Online juga sempat menemubual dengan pengacara terkenal, Nazrudin Rahman yang turut terlibat dalam mengacarakan majlis itu.Bagi beliau, sebagai rakyat Malaysia berasa sangat bangga kerana Proton berjaya mengeluarkan keluaran terbaru dengan bercirikan seakan-akan produk luar negara.
majlis20pelancaran20generasi20kedua20proton20persona2020162012_zpshmvkbor5
 
Bagi mereka yang ingin pandu uji Proton Persona, ia telah dibuka untuk tempahan di semua cawangan Proton Edar di seluruh negara.
 
Pelanggan juga boleh menikmati keistimewaan dengan menerima perkhidmatan percuma selama tiga tahun termasuklah alat gantian dan kos pekerja iaitu tawaran pengenalan bagi setiap tempahan sehingga 30 September 2016.Selain turut menjadi sebahagian daripada promosi bulan Kemerdekaan.
 majlis20pelancaran20generasi20kedua20proton20persona2020162017_zpshjgsrukk
majlis20pelancaran20generasi20kedua20proton20persona2020162005_zpss6r4d4gl

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s