“BAIK TAK PAYAH PAKAI TUDUNG!”

Uqasha-Senrose-Mengaku-Tidak-Lagi-Berhijab-ROTIKAYA-700x420

Pernah dilontarkan dengan kata-kata kurang manis dari netizen seperti “Baik kata tak payah bertudung” dek kerana pernah timbul kontorversi bila gambar beliau bercuti di luar negara tanpa berhijab tersebar luas tak lama dulu menyebabkan Uqasha Senrose nekad membuat keputusan untuk tidak bertudung.

Baginya, dia mengaku khilaf atas semua perbuatannya itu datang daripada dirinya sendiri.Soal dosa dan pahala biarlah antara dirinya dengan Tuhan. Begitulah luahan jujur Uqasha Senrose kepada BH Online semalam selepas tiga tahun memakai tudung.

“Selama tiga tahun saya akui iman saya turun naik. Pendek kata memang tak konsisten. Saya masih muda dan keputusan bertudung itu hadir ketika hati masih berkecamuk selepas putus cinta. Mungkin juga saya tak fikir panjang.

“Saya seperti hilang arah tuju dan melihat tekad untuk bertudung itu dapat memulihkan semangat serta membuka fasa baharu dalam hidup. Tetapi sebaliknya yang terjadi. “Malah dalam tempoh itu juga apabila keluar kontroversi itu dan ini, ada mulut yang lantang mendakwa lebih baik tak bertudung kalau buat perangai,” luahnya lagi.

Ketika ditemu bual bersama BH Online, Uqasha membenarkan wajah terbarunya dirakamkan dengan keadaan berselendang tetapi sebenarnya dia sudah kembali kepada penampilan asal.

Uqasha akui bukan untuk mempermainkan agama tetapi mahu jadi diri sendiri. Dia tidak mahu dibayangi dengan kisah bertudung itu lagi.

“Saya rasa diri ini lebih mempermainkan agama dan seperti munafik jika bertudung tetapi tidak menonjolkan sikap yang bertepatan dengan gaya berkenaan,” katanya.

Bagi Uqasha, dia lebih rela dihukum manusia daripada terus hidup kepura-puraan. Sebelum ini, Uqasha pernah dikecam selepas gambarnya tidak bertudung dan seksi ketika bercuti di Koh Lipe, Thailand, tersebar.

MIG Online hanya harapkan Uqasha Senrose akan terus tabah dan pastikan sebelum membuat sesuatu keputusan mestilah difikirkan secara matang tanpa bertindak melulu.Sebelum itu jom kita layan gambar-gambar Uqasha dan adik-adiknya.

14026581_172789829812349_1507562634_n(1)

14026568_491833941023282_1537624473_n(1)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s