IZZUE ISLAM DALAMI WATAK DENGAN BERIMAGINASI

Tayangan Perdana Aliff dalam 7 Dimensi 11

Malam tadi telah diadakan gala tayangan perdana filem Aliff Dalam 7 Dimensi menampilkan Izzue Islam, Alif Satar,Juliana Evans Dan Kaka Azraff sebagai teraju utama yang bakal menemui penonton pada 8 September ini.

Pengarahnya Faisal Ishak kali ini membuat kelainan dengan memasukkan genre aksi supernatural untuk setiap babak di dalam filem. Jika dilihat filem ini seakan-akan hebat dengan filem luar negara.

Sebagai penonton, MIG Online sangat respect dengan kehebatan pelakon dalam menjiwai setiap watak yang dipegang dan sememangnya lain daripada yang lain. Mesti anda pelikkan apa yang lain?

Menerapkan elemen kesan-kesan khas yang diinspirasikan daripada buku komik Gempak Starz untuk setiap babak seram dengan menonjolkan watak hantu  membuatkan ia berbeza daripada filem-filem seram yang ditayangkan sebelum ini. Bukan apa, hantu daripada kesan-kesan khas jarang dipertontonkan di Malaysia.

Menurut Izzue Islam selaku peneraju utama akui watak yang dipegang untuk filem ini sangat mencabar kerana membabitkan aksi-aksi yang luar biasa dimana beliau terpaksa menjiwai watak dengan berimaginasi sendiri  seolah-olah bercakap dengan makhluk halus yang dibuat sebagai latihan sebelum memulakan pengambaran.

Menurut Izzue dia menerima tawaran ini atas alasan sudah lama tidak bekerjasama dengan Faisal Ishak. Baginya juga skrip yang dibuat sangat-sangat unik ditambah pula  dengan watak sebagai Aliff tidak pernah dibawa sebelum ini.

Kos penghasilan filem yang menelan jumlah sebanyak 1.5 juta ini telah memilih Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sebagai lokasi utama yang dikatakan lebih kurang dua tahun untuk menghabiskan proses pengambaran dan penyuntingan.

Mesti anda tak sabar-sabar kan nak tonton filem ini. Sebelum itu jom kita layan gambar-gambar eksklusif pelakon filem Alif 7 Dimensi ketika tayangan perdana malam tadi.

Tayangan Perdana Aliff dalam 7 Dimensi 05 Tayangan Perdana Aliff dalam 7 Dimensi 06Tayangan Perdana Aliff dalam 7 Dimensi 31Tayangan Perdana Aliff dalam 7 Dimensi 30

This slideshow requires JavaScript.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s